Sebelum lahirnya kerajaan malaysia telah muncul dan berkembangan kerajaan atau kesultanan negeri negeri Melayu . Kerajaan melayu ini adalah bukti perkembangan ketamadunan Melayu , iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia . Perkembangan kebudayaan ini meliputi aspek pemerintahan , perundangan , institusi sosial dan ekonomi aspek ini dapat membuktikan bahawa akar pembentukan negara ini telah lahir beratus-ratus lebh awal .
ASAL USUL KERAJAAN MELAKA
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.
lkkkkkk
Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15 . Kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan agung pada zamannya . Keagungan Kerajaan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan , pusat perkembangan agama islam , keluasan tanah jajahan dan mempunyai hubungan politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negara China . Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu .
MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
* Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan ketenteraan , kawalan jajahan dan undang-undang dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga
* Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia . Ini kerana kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan saudagar dari Timur dan Barat , seperti dari China , India , Timur Tengah , Asia Timur dan Kepulauan Melayu .
* Kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakan penyebaran Islam di Melaka dan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam , Ini menjadikan Melaka tumpuan pendakwah kerana Islam merupakan agama rasmi dan dianuti oleh sutan serta dan rakyatnya .
* Melaka menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana . Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa , perundangan , kebudayaan dan kesusasteraan .
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor :
(1) Faktor semula jadi atau geografi
(2) Faktor ekonomi
(3) Faktor politik dan pentadbiran
No comments:
Post a Comment